Khamis, 1 September 2016

[Travel] Ho Chi Minh City, Vietnam trip (Part 1)

Assalamualaikum.

Rasa dah lama peram cerita ni. Sebabnya kitorang pergi HCM awal Februari 2015. Sekarang baru ada masa nak bercerita pasal HCM sebab ape,sebab RINDU oiiii....rindu nak pergi lagi sana. Bukan sebab rindu orang sana, rindu nak pergi shopping je. Plus window shopping.Hihi.

Kitorang pergi 1 family dan semua yang dalam trip sekali memang best. Saya rindu mereka juga. Trip 4 Februari sampai 7 Februari. Tempah hotel guna Agoda. Kiranya hari sampai tak payah pikir  dah nak duduk mana sebab already booked. Kitorang punya trip memang best sebab semuanya sekepala dan sangat baik semua orang.

Abah dan ma naik flight dari Kedah
ke KLIA2 pagi2 lagi 4hb, kitorang yang memang ada kat KL dah ni bertolak pun pagi2 naik bas di KL Sentral,pakai bas STAR SHUTTLE,RM 11.

Sampai di KLIA2, saya jumpa family. Salam2 peluk cium semua then tunggu flight kitorang ke HCM. Yeaaa..

Penerbangan ke sana naik Air Asia. Teruja juga sebab ni first time travel luar negara. Gambar nanti saya update next entry ye.
     
                                                     Bersambung...



[Makan] Durian Kampung dari Kuala Selangor

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Syukur atas rahmat Allah SWT hari ni dapat makan durian kampung. Mama bawak balik dari kampung. Pemberian Abang Ngah Wan (anak sedara mama). Semoga murah rezeki abang ngah wan sekeluarga ye. Hihi.happy *ching*


Jangan pandang sebelah mata durian kampung ni. Tengok je tak kuning terang macam durian lain,tapi isinya sedap lahai..lembut plus manis...sedapnyeeee..

Buah kesukaan saya ni selain daripada buah rambutan dan manggis dan dokong dan.... (banyaknya dan). Tu nak cakap saya memang suka makan buah.hehe..

Terima kasih mama+papa sebab ingat kat saya yang suka makan buah ni. Terima kasih abang ngah wan yang katanya ambik buah ni dari kebun. Rindunya kebun.

For sure Zara balik kampung suami dia jadi penunggu buah doreyaaann ni. Kampung dia banyak buah..bestnya..

Rindu kampung. Rindu Merbok. Rindu lah semuanya tempat yang banyak buah..hihi.


[Makan] Big Apple sedapnya

Assalamualaikum

Entry 30 Ogos 2016. Harini baru teringat nak publish. Adui.hehe. En suami lunch hari ni tetiba jer out of blue orang kata, bagi big apple kat saya. Wah..feveret tu..donut je pun kalau ikutkan,tapi saya ni suka sangat topping2 dia tu..tu yang buat big apple no 1 list of my favourite donut.

Thank you en suami. Bersemut en suami hari ni..ha2..manis sungguh semanis big apple.. haha.. pandai ambik hati. 2 piece donut pun dah cukup kenyang dah. Thank you ye.






Teringat kenangan time en suami konvo dulu, saya belikan 12 piece donut untuk suami. 2kotak la,buat 6 6 setiap 1 kotak.
1 untuk konvo diploma yang saya dan en suami tak attend pun. (Tak kenal lagi pun masa ni).ha2.. lagi sekotak untuk konvo degree. Makanlah sekenyangnya donut..he2..

Time tu beli bunga jugak bagi en suami, tak tahu nak bagi apa, first time bagi bunga kat laki ni,time konvo dialah..ha2. 2jambak gak la bagi. Sejambak 12 kuntum untuk konvo degree. Lagi sejambak 3 kuntum bunga consider untuk previous konvo diploma. Sakan betul kan. Sekali seumur hidup attend konvo,takpela lebih sikit.

Tetiba ter throwback lak lepas makan big apple 2 ketul ni. Hehe. Okla, sedap sedap tengah makan big apple,tetiba adik yang paling kecik call, pung pang pung pang dok story mory,syok sebab esok sekolah cuti letew,tu call tu pastu dok cerita dia nak bli basikal. Ewah basikal lak harga mak datok RM1200 katanya..adoi mahainya, ingatkan murahlah harga basikal ni.

Entahlah mungkin berkualiti kot. Basikal lipat. Dalam kepala tengah pikir pasal basikal Gammax. Nice juga tu.

Oklah selamat hari merdeka semua.

[Sihat] Brisk walking Taman Tasik Menjalara

Assalamualaikum..

Hari ni terasa terlebih sihat lepas sedikit brisk walking kat Taman Tasik Menjalara. Asalnya ingat nak cukupkan 3km pun dah ok dah. Tengok2 hasilnya.



Wah. Tak sangka pulak harini punya 9.13km. Wah cukup dah tu. Hihi. Hari ni try Taman Tasik. Wah,best juga rupanya kat sini. Viewnya cantik, ada fountain tengah2 tasik. Ada view air terjun. Yang paling saya suka burung merpati sangat banyak kat situ. Sambil duduk boleh bagi burung merpati makan roti yang dah saya bawa dari rumah. Best rasa dapat bagi burung makan.

Tengah bagi roti kat burung. Banyaknya lahai burung ni, tapi tak semua masuk dalam picture. Burung ni jinak. Mungkin dah biasa kot ngan orang datang bagi makan kat taman ni.

Dalam kolam tasik tu ada ikan,tapi kat sini tak boleh memancing ye. Saya nak jugak tengok kot2 ada kura kura,tapi tak nampak pula. Bawah ni view sekitar tasik.