Khamis, 1 September 2016

[Makan] Durian Kampung dari Kuala Selangor

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Syukur atas rahmat Allah SWT hari ni dapat makan durian kampung. Mama bawak balik dari kampung. Pemberian Abang Ngah Wan (anak sedara mama). Semoga murah rezeki abang ngah wan sekeluarga ye. Hihi.happy *ching*


Jangan pandang sebelah mata durian kampung ni. Tengok je tak kuning terang macam durian lain,tapi isinya sedap lahai..lembut plus manis...sedapnyeeee..

Buah kesukaan saya ni selain daripada buah rambutan dan manggis dan dokong dan.... (banyaknya dan). Tu nak cakap saya memang suka makan buah.hehe..

Terima kasih mama+papa sebab ingat kat saya yang suka makan buah ni. Terima kasih abang ngah wan yang katanya ambik buah ni dari kebun. Rindunya kebun.

For sure Zara balik kampung suami dia jadi penunggu buah doreyaaann ni. Kampung dia banyak buah..bestnya..

Rindu kampung. Rindu Merbok. Rindu lah semuanya tempat yang banyak buah..hihi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan