Khamis, 1 September 2016

[Makan] Big Apple sedapnya

Assalamualaikum

Entry 30 Ogos 2016. Harini baru teringat nak publish. Adui.hehe. En suami lunch hari ni tetiba jer out of blue orang kata, bagi big apple kat saya. Wah..feveret tu..donut je pun kalau ikutkan,tapi saya ni suka sangat topping2 dia tu..tu yang buat big apple no 1 list of my favourite donut.

Thank you en suami. Bersemut en suami hari ni..ha2..manis sungguh semanis big apple.. haha.. pandai ambik hati. 2 piece donut pun dah cukup kenyang dah. Thank you ye.






Teringat kenangan time en suami konvo dulu, saya belikan 12 piece donut untuk suami. 2kotak la,buat 6 6 setiap 1 kotak.
1 untuk konvo diploma yang saya dan en suami tak attend pun. (Tak kenal lagi pun masa ni).ha2.. lagi sekotak untuk konvo degree. Makanlah sekenyangnya donut..he2..

Time tu beli bunga jugak bagi en suami, tak tahu nak bagi apa, first time bagi bunga kat laki ni,time konvo dialah..ha2. 2jambak gak la bagi. Sejambak 12 kuntum untuk konvo degree. Lagi sejambak 3 kuntum bunga consider untuk previous konvo diploma. Sakan betul kan. Sekali seumur hidup attend konvo,takpela lebih sikit.

Tetiba ter throwback lak lepas makan big apple 2 ketul ni. Hehe. Okla, sedap sedap tengah makan big apple,tetiba adik yang paling kecik call, pung pang pung pang dok story mory,syok sebab esok sekolah cuti letew,tu call tu pastu dok cerita dia nak bli basikal. Ewah basikal lak harga mak datok RM1200 katanya..adoi mahainya, ingatkan murahlah harga basikal ni.

Entahlah mungkin berkualiti kot. Basikal lipat. Dalam kepala tengah pikir pasal basikal Gammax. Nice juga tu.

Oklah selamat hari merdeka semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan