Khamis, 16 Ogos 2018

NSK Selayang,beli barang dapur.

Assalamualaikum.

Nsk Selayang antara tempat favourite juga untuk beli barang dapur.  Walaupun parking susah kalau peak hour, gagah juga pergi sebab harga boleh tahan juga murah, kalau ada offerlah. 



Cendol pun ada di jual di sini. 


Fries tengah ada promosi, RM 3.99. Kira murah sangat dah ni bagi saya lah. 


Kopi ni sedap juga.


Bahagian buah yang saya selalu singgah. 
Banyak lagi bahagian yang best dalam ni, kalau nak beli yang harga borong, boleh singgah kat pintu depan yang macam gudang tu. 





Pantai Remis,Jeram.

Assalamualaikum .

Alhamdulillah kali ni kali ke 5 saya jalan- jalan ambil angin ke Pantai Remis,Selangor. Untuk yang dah biasa datang sini, mesti suka tengok pantai,beli hasil laut tak pun beriadah bersama keluarga. Saya tu dalam kategori suka tengok pantai.

Pantai sini bukan boleh mandi ya. Lumpur banyak. Just datang tengok pantai tu menenangkan je. Kadang tu je beli apa yang jual kat tepi pantai. Hari Sabtu petang ramai orang,banyak gerai buka.


Ni dari jalan besar, ada tanda Pantai Remis.  Kena alert, takut terlepas simpang. 


Buah sukun. Hari pergi tu adik yang jual kata sekilo RM4. Sebiji kecil ada sekilo katanya. 


Antara gerai yang terdapat di Pantai Remis.  Banyak hasil kampung. 


Udang dan ketam.


Kerang pun ada.  



Ikan kering.



Telur ikan mayong pun ada. Biasa harga yang plastik kecil, RM 8 dan plastik besar RM 30. Kalau tawar dapatlah RM25.


Buah limau.


Sayur seikat RM1. Belacan pun ada,seketul RM 5.


Telur ikan mayong. 


Ketam. 


Hasil laut. 


Ketam ada ikut musim. 


Gerai jual ikan kering. 


Pemandangan petang.  Ada yang turun cari siput.  


Banyak karang,siput kecil lekat di batu. 



Soopa doopa pun ada.


Pantai ni ada kedai makan juga ya, cuma kami kalau datang cuma singgah di gerai dan jalan di pantai je.  Belum pernah cuba lagi makanan di kedai makan tepi pantai ni. 


[Percutian] Tak Bai, Thailand. Daytrip . Part 1

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak menulis sebab sangatlah sibuk. Sekarang ada masa sikit jadi nak juga share tempat yang best boleh jalan2 dan shopping. Apa yang saya tulis mostly untuk rujukan saya sendiri jugak nanti,contoh haritu pergi sana beli barang sekian2 harga sekian2. Jadi mudah diri sendiri nak compare.
Tapi, kalau ada sapa2 yang baca, boleh juga buat rujukan kan kan. Mana tahu nak pergi tempat yang sama,jadi oklah kan, boleh sharing knowledge.

Awal November 2016,lawatan kali ke tiga saya ke Tak Bai tahun 2016. Saja jalan2 naik bot penambang.Tak bai, Thailand terletak di dalam Narathiwat di mana merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah di selatan Thailand .Kalau orang tempatan,biasanya akan panggil TABA je. Tempat ysng sama ye, cuma panggilan je di mudahkan bunyinya.  Kalau dah sampai Kota Bharu, lajaklah sikit naik ke arah Tumpat, boleh pergi Thailand melalui Pengkalan Kubor . Rugi rasanya kalau tak singgah.

Bila dah sampai di Pengkalan Kubor, jangan konfius pulak ye, sebab ada 2 tempat boleh park kereta, kalau nak dekat, park di area LKIM. Kalau tak tahu, boleh tanya orang dekat2 situ, semua ramah. Nak parking percuma, tengok tapak parking kosong depan ICQS, kalau nak orang jaga kereta, boleh parking dalam LKIM, RM3. Parking berbayar bawah pengurusan LKIM.