Khamis, 16 Ogos 2018

Pantai Remis,Jeram.

Assalamualaikum .

Alhamdulillah kali ni kali ke 5 saya jalan- jalan ambil angin ke Pantai Remis,Selangor. Untuk yang dah biasa datang sini, mesti suka tengok pantai,beli hasil laut tak pun beriadah bersama keluarga. Saya tu dalam kategori suka tengok pantai.

Pantai sini bukan boleh mandi ya. Lumpur banyak. Just datang tengok pantai tu menenangkan je. Kadang tu je beli apa yang jual kat tepi pantai. Hari Sabtu petang ramai orang,banyak gerai buka.


Ni dari jalan besar, ada tanda Pantai Remis.  Kena alert, takut terlepas simpang. 


Buah sukun. Hari pergi tu adik yang jual kata sekilo RM4. Sebiji kecil ada sekilo katanya. 


Antara gerai yang terdapat di Pantai Remis.  Banyak hasil kampung. 


Udang dan ketam.


Kerang pun ada.  



Ikan kering.



Telur ikan mayong pun ada. Biasa harga yang plastik kecil, RM 8 dan plastik besar RM 30. Kalau tawar dapatlah RM25.


Buah limau.


Sayur seikat RM1. Belacan pun ada,seketul RM 5.


Telur ikan mayong. 


Ketam. 


Hasil laut. 


Ketam ada ikut musim. 


Gerai jual ikan kering. 


Pemandangan petang.  Ada yang turun cari siput.  


Banyak karang,siput kecil lekat di batu. 



Soopa doopa pun ada.


Pantai ni ada kedai makan juga ya, cuma kami kalau datang cuma singgah di gerai dan jalan di pantai je.  Belum pernah cuba lagi makanan di kedai makan tepi pantai ni. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan