Khamis, 16 Ogos 2018

[Percutian] Tak Bai, Thailand. Daytrip . Part 1

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak menulis sebab sangatlah sibuk. Sekarang ada masa sikit jadi nak juga share tempat yang best boleh jalan2 dan shopping. Apa yang saya tulis mostly untuk rujukan saya sendiri jugak nanti,contoh haritu pergi sana beli barang sekian2 harga sekian2. Jadi mudah diri sendiri nak compare.
Tapi, kalau ada sapa2 yang baca, boleh juga buat rujukan kan kan. Mana tahu nak pergi tempat yang sama,jadi oklah kan, boleh sharing knowledge.

Awal November 2016,lawatan kali ke tiga saya ke Tak Bai tahun 2016. Saja jalan2 naik bot penambang.Tak bai, Thailand terletak di dalam Narathiwat di mana merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah di selatan Thailand .Kalau orang tempatan,biasanya akan panggil TABA je. Tempat ysng sama ye, cuma panggilan je di mudahkan bunyinya.  Kalau dah sampai Kota Bharu, lajaklah sikit naik ke arah Tumpat, boleh pergi Thailand melalui Pengkalan Kubor . Rugi rasanya kalau tak singgah.

Bila dah sampai di Pengkalan Kubor, jangan konfius pulak ye, sebab ada 2 tempat boleh park kereta, kalau nak dekat, park di area LKIM. Kalau tak tahu, boleh tanya orang dekat2 situ, semua ramah. Nak parking percuma, tengok tapak parking kosong depan ICQS, kalau nak orang jaga kereta, boleh parking dalam LKIM, RM3. Parking berbayar bawah pengurusan LKIM.




Kemudian, boleh terus ke imegresen untuk semakan pasport. Dah sampai pintu pagar,terus ke kiri dan nanti nampak pemeriksaan passport. Kalau ada pasport antarabangsa yang bagi kepada pegawai untuk di scan,tak dicop. Biasanya akan dapat kertas kecil bercop tarikh nak keluar Malaysia. Kalau ada Pas Sempadan, pegawai imegresen akan cop di situ.
Pasport antarabangsa yang berwarna merah manakala pas sempadan berwarna biru.

Apabila selesai urusan di Imegresen, terus ke jeti, ada bot penambang akan tunggu, bayaran bot RM 1 seorang. Murahkan. Sebab tu saya suka tu pergi sana. Hehe.


Dalam bot di sediakan jaket keselamatan. Kejap je dah sampai Taba. Bila dah sampai,terus naik ke jeti sebelah sana,dan startlah perjalanan, cop Passport dan start shopping..


Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan