Khamis, 16 Ogos 2018

NSK Selayang,beli barang dapur.

Assalamualaikum.

Nsk Selayang antara tempat favourite juga untuk beli barang dapur.  Walaupun parking susah kalau peak hour, gagah juga pergi sebab harga boleh tahan juga murah, kalau ada offerlah. 



Cendol pun ada di jual di sini. 


Fries tengah ada promosi, RM 3.99. Kira murah sangat dah ni bagi saya lah. 


Kopi ni sedap juga.


Bahagian buah yang saya selalu singgah. 
Banyak lagi bahagian yang best dalam ni, kalau nak beli yang harga borong, boleh singgah kat pintu depan yang macam gudang tu. 





Pantai Remis,Jeram.

Assalamualaikum .

Alhamdulillah kali ni kali ke 5 saya jalan- jalan ambil angin ke Pantai Remis,Selangor. Untuk yang dah biasa datang sini, mesti suka tengok pantai,beli hasil laut tak pun beriadah bersama keluarga. Saya tu dalam kategori suka tengok pantai.

Pantai sini bukan boleh mandi ya. Lumpur banyak. Just datang tengok pantai tu menenangkan je. Kadang tu je beli apa yang jual kat tepi pantai. Hari Sabtu petang ramai orang,banyak gerai buka.


Ni dari jalan besar, ada tanda Pantai Remis.  Kena alert, takut terlepas simpang. 


Buah sukun. Hari pergi tu adik yang jual kata sekilo RM4. Sebiji kecil ada sekilo katanya. 


Antara gerai yang terdapat di Pantai Remis.  Banyak hasil kampung. 


Udang dan ketam.


Kerang pun ada.  



Ikan kering.



Telur ikan mayong pun ada. Biasa harga yang plastik kecil, RM 8 dan plastik besar RM 30. Kalau tawar dapatlah RM25.


Buah limau.


Sayur seikat RM1. Belacan pun ada,seketul RM 5.


Telur ikan mayong. 


Ketam. 


Hasil laut. 


Ketam ada ikut musim. 


Gerai jual ikan kering. 


Pemandangan petang.  Ada yang turun cari siput.  


Banyak karang,siput kecil lekat di batu. 



Soopa doopa pun ada.


Pantai ni ada kedai makan juga ya, cuma kami kalau datang cuma singgah di gerai dan jalan di pantai je.  Belum pernah cuba lagi makanan di kedai makan tepi pantai ni. 


[Percutian] Tak Bai, Thailand. Daytrip . Part 1

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak menulis sebab sangatlah sibuk. Sekarang ada masa sikit jadi nak juga share tempat yang best boleh jalan2 dan shopping. Apa yang saya tulis mostly untuk rujukan saya sendiri jugak nanti,contoh haritu pergi sana beli barang sekian2 harga sekian2. Jadi mudah diri sendiri nak compare.
Tapi, kalau ada sapa2 yang baca, boleh juga buat rujukan kan kan. Mana tahu nak pergi tempat yang sama,jadi oklah kan, boleh sharing knowledge.

Awal November 2016,lawatan kali ke tiga saya ke Tak Bai tahun 2016. Saja jalan2 naik bot penambang.Tak bai, Thailand terletak di dalam Narathiwat di mana merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah di selatan Thailand .Kalau orang tempatan,biasanya akan panggil TABA je. Tempat ysng sama ye, cuma panggilan je di mudahkan bunyinya.  Kalau dah sampai Kota Bharu, lajaklah sikit naik ke arah Tumpat, boleh pergi Thailand melalui Pengkalan Kubor . Rugi rasanya kalau tak singgah.

Bila dah sampai di Pengkalan Kubor, jangan konfius pulak ye, sebab ada 2 tempat boleh park kereta, kalau nak dekat, park di area LKIM. Kalau tak tahu, boleh tanya orang dekat2 situ, semua ramah. Nak parking percuma, tengok tapak parking kosong depan ICQS, kalau nak orang jaga kereta, boleh parking dalam LKIM, RM3. Parking berbayar bawah pengurusan LKIM.


Jumaat, 7 April 2017

Pokok samak/Serai Kayu/samak kelat/ daun bay/ daun beriani/daun salam






UMUM tahu penyakit tekanan darah tinggi adalah satu daripada punca kematian paling biasa di seluruh dunia. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, obesiti, kehidupan sendentari termasuk kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan garam berlebihan, alkohol dan banyak lagi, turut menyumbang kepada penyakit yang juga dianggap sebagai pembunuh dalam senyap itu. 

Mengikut statistik yang dikeluarkan Institut Hati, Paru-paru dan Darah Kebangsaan Amerika Syarikat (US NHLBI) menunjukkan lebih 65 juta atau satu daripada setiap tiga orang dewasa di Amerika Syarikat menghidap tekanan darah tinggi, sementara 59 juta lagi warga Amerika mengalami peringkat awal darah tinggi. Pembunuh senyap Kajian juga meramalkan menjelang tahun 2025, dianggarkan 1.56 bilion penduduk dunia menghidap tekanan darah tinggi. 

Ia adalah pembunuh senyap kerana lazimnya ia tidak memberikan sebarang amaran atau simpton. Berikutan itu, ramai yang tidak menyedari kehadirannya. Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang kali pertama dijalankan di Malaysia pada tahun 1996, mendapati 32.4 peratus atau dianggarkan 2.6 juta warga dewasa Malaysia berusia 30 tahun dan ke atas turut menghidap tekanan darah tinggi. 10 tahun selepas itu, kajian sama dilakukan, kelaziman penyakit tekanan darah tinggi dalam kalangan usia yang serupa dengan kaedah sama digunakan turut meningkat kepada 40.5 peratus. Kadar peningkatan penyakit tekanan darah tinggi turut direkod dengan kajian kumpulan kecil dijalankan di Malaysia. 

Namun, kajian terhadap 2,508 subjek dari semua daerah di Kelantan, trend tekanan darah tinggi dalam kalangan penduduk negeri ini didapati lebih rendah iaitu 13.9 peratus berbanding peratusan di seluruh negara. Dr Wan Amir Nizam bersama pelajarnya melakukan kajian ke atas daun serai kayu yang boleh mengubati penyakit darah tinggi di Makmal Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian.

Pengambilan ulam daun serai kayu Menyedari perkara ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ulam daun serai kayu atau daun salam dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu menurunkan kadar darah tinggi. Daun serai kayu atau di sesetengah tempat di negara ini dikenali sebagai daun salam, samak kelat, daun bay dan daun beriani, banyak digunakan dalam masakan di seluruh dunia kerana keistimewaannya membangkitkan aroma dalam juadah. Jika di Indonesia ia lebih dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, manting dan kastolam, manakala istilah sainsnya pula Syzygium polyanthum. 

Di Eropah dan kawasan negara Mediterranean, daun serai kayu ini lazimnya dikeringkan dan digunakan sebagai penambah perisa kepada masakan terutama dalam sos, sup, stew dan masakan berunsurkan makanan laut, sayur serta daging. Tidak ketinggalan, dalam masakan Arab, India dan Pakistan. Antaranya, digunakan untuk menambah keenakan rasa dalam masakan nasi beriani dan bahan dalam garam masala (rempah ratus). 

Di Kelantan dan Terengganu, daun serai kayu ini banyak digunakan dalam masakan seperti laksam dan dijadikan ulam untuk dimakan bercicahkan budu. Rupa-rupanya, di sebalik keenakannya sebagai perisa tambahan kepada masakan, daun ini mempunyai seribu satu rahsia dari sudut kesihatan terutama dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi. Rahsia keunikan dan kehebatan daun yang pokoknya mudah ditanam di kawasan tropika, berjaya dibongkar kumpulan penyelidik berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, universiti itu, Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad dalam penyelidikannya yang sudah masuk tahun keempat. "Daun serai kayu atau salam sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka.

Kajian saintifik menunjukkan kulit dan daun salam ini mempunyai komponen-komponen penting seperti  'eugenol, methyl chavicol'  serta minyak tannin dan lain-lain lagi.  Bahan-bahan asli ini  dapat bantu melawan pelbagai penyakit dan masaalah kesihatan termasuk ketegangan urat, kolestrol tinggi. kencing manis, perjalanan darah yang tidak lancar dan gatal-gatal.






Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/8681

Khamis, 1 September 2016

[Travel] Ho Chi Minh City, Vietnam trip (Part 1)

Assalamualaikum.

Rasa dah lama peram cerita ni. Sebabnya kitorang pergi HCM awal Februari 2015. Sekarang baru ada masa nak bercerita pasal HCM sebab ape,sebab RINDU oiiii....rindu nak pergi lagi sana. Bukan sebab rindu orang sana, rindu nak pergi shopping je. Plus window shopping.Hihi.

Kitorang pergi 1 family dan semua yang dalam trip sekali memang best. Saya rindu mereka juga. Trip 4 Februari sampai 7 Februari. Tempah hotel guna Agoda. Kiranya hari sampai tak payah pikir  dah nak duduk mana sebab already booked. Kitorang punya trip memang best sebab semuanya sekepala dan sangat baik semua orang.

Abah dan ma naik flight dari Kedah
ke KLIA2 pagi2 lagi 4hb, kitorang yang memang ada kat KL dah ni bertolak pun pagi2 naik bas di KL Sentral,pakai bas STAR SHUTTLE,RM 11.

Sampai di KLIA2, saya jumpa family. Salam2 peluk cium semua then tunggu flight kitorang ke HCM. Yeaaa..

Penerbangan ke sana naik Air Asia. Teruja juga sebab ni first time travel luar negara. Gambar nanti saya update next entry ye.
     
                                                     Bersambung...



[Makan] Durian Kampung dari Kuala Selangor

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Syukur atas rahmat Allah SWT hari ni dapat makan durian kampung. Mama bawak balik dari kampung. Pemberian Abang Ngah Wan (anak sedara mama). Semoga murah rezeki abang ngah wan sekeluarga ye. Hihi.happy *ching*


Jangan pandang sebelah mata durian kampung ni. Tengok je tak kuning terang macam durian lain,tapi isinya sedap lahai..lembut plus manis...sedapnyeeee..

Buah kesukaan saya ni selain daripada buah rambutan dan manggis dan dokong dan.... (banyaknya dan). Tu nak cakap saya memang suka makan buah.hehe..

Terima kasih mama+papa sebab ingat kat saya yang suka makan buah ni. Terima kasih abang ngah wan yang katanya ambik buah ni dari kebun. Rindunya kebun.

For sure Zara balik kampung suami dia jadi penunggu buah doreyaaann ni. Kampung dia banyak buah..bestnya..

Rindu kampung. Rindu Merbok. Rindu lah semuanya tempat yang banyak buah..hihi.


[Makan] Big Apple sedapnya

Assalamualaikum

Entry 30 Ogos 2016. Harini baru teringat nak publish. Adui.hehe. En suami lunch hari ni tetiba jer out of blue orang kata, bagi big apple kat saya. Wah..feveret tu..donut je pun kalau ikutkan,tapi saya ni suka sangat topping2 dia tu..tu yang buat big apple no 1 list of my favourite donut.

Thank you en suami. Bersemut en suami hari ni..ha2..manis sungguh semanis big apple.. haha.. pandai ambik hati. 2 piece donut pun dah cukup kenyang dah. Thank you ye.






Teringat kenangan time en suami konvo dulu, saya belikan 12 piece donut untuk suami. 2kotak la,buat 6 6 setiap 1 kotak.
1 untuk konvo diploma yang saya dan en suami tak attend pun. (Tak kenal lagi pun masa ni).ha2.. lagi sekotak untuk konvo degree. Makanlah sekenyangnya donut..he2..

Time tu beli bunga jugak bagi en suami, tak tahu nak bagi apa, first time bagi bunga kat laki ni,time konvo dialah..ha2. 2jambak gak la bagi. Sejambak 12 kuntum untuk konvo degree. Lagi sejambak 3 kuntum bunga consider untuk previous konvo diploma. Sakan betul kan. Sekali seumur hidup attend konvo,takpela lebih sikit.

Tetiba ter throwback lak lepas makan big apple 2 ketul ni. Hehe. Okla, sedap sedap tengah makan big apple,tetiba adik yang paling kecik call, pung pang pung pang dok story mory,syok sebab esok sekolah cuti letew,tu call tu pastu dok cerita dia nak bli basikal. Ewah basikal lak harga mak datok RM1200 katanya..adoi mahainya, ingatkan murahlah harga basikal ni.

Entahlah mungkin berkualiti kot. Basikal lipat. Dalam kepala tengah pikir pasal basikal Gammax. Nice juga tu.

Oklah selamat hari merdeka semua.