Sabtu, 27 Ogos 2016

Review: Subway

Assalamualaikum.

Banyak benda yang saya nak share kat sini hari ni tapi start with yang paling happy la.hehe.Hari ni en suami cakap jalan KL banyak kereta. Tak tahula ada apa,sambutan Merdeka pun next week. Tapi still ramai keluar,yela mungkin ni je masa ada untuk keluar jalan2 dengan family masing2 kan.

Harini saya dan en suami makan Subway. Cepat.Kenyang.Berkhasiat. Ewah..perut kenyang,hati happyla. Thank you MIL belanja makan subway harini.  Saya punya chicken slice ngan sayur2  yang banyak + bbq sos banyak +olive pun banyak..
Baru best makan. Thank you mama belanja. Semoga mama murah rezeki+sihat selalu+dapat cucu banyak2.haha..


Tu yang conteng2 tu en suami yang punya. En suami punya ada bawang,saya xberapa gemar bawang. Tu tanda siap2 senang nanti takdela tertukar.


Nak capture gambar banyak2 tak sempat dah sebab buka2 memang nak makan je terus.hehe.


Dah kenyang,happy la rasa. Yang paling best roti dia buat kita rasa kenyang. Selalu beli di Brem Mall punya Subway. Tapi hari ni, try di Kepong Village Mall pula.

Okla,korang pun sure  dah boring ape ngan cerita saya. Adios.ha2


Khamis, 25 Ogos 2016

Review: 360 Express Hotel Kuching 2h1m

Assalamualaikum

Kali ni nak share pengalaman stay di 360 express hotel,Kuching. Hotel ni terletak di Wisma Phoenix. Kami sampai untuk check in pukul 1, tapi staff bagi masuk sebab memang bilik tengah kosong. Rasanya tak ramai stay sini. Tapi tak pela, kira okla dapat masuk awal. Bangunan hotel ni 2 tingkat je tapi dia memanjang. Ada lif tu best,sebab kalau dah penat jalan pusing Kuching, balik naik lif rasa nikmatnya nak sampai bilik tu.

Ni bawah ni katil dia. Nampak cantik tapi kurang bersih. Ada kesan kotoran pada tilam. Mungkin cuci tak cukup bersih. Entahla. Try to think positive. Tapi, first masuk bilik ni,ada bau kopi. Dalam hati pikir, staff ada masuk rest ke dalam bilik ni time takde orang daftar masuk hotel?. Entahla, tanya en.suami, dia pun pikir camtu tadi,tapi takpela. Kemas tu ok cuma tak bersih.



 TV pun ada sekali. Tapi siarannya kadang ok kadang tak. Tapi yang bagusnya hotel ni,dia ada sediakan 1 channel untuk CCTV tunjuk keadaan kat luar hotel. Maknanya kita boleh tengok sama ada kat luar hujan ke panas ke. Jadi senang nak plan nak keluar ke tak. Kiranya boleh tengok cuaca time tu just dari bilik je. Tak payah nak keluar bilik.



Ni pula dalam bilik air dia, semua ok,kecuali tandas tak ada pili. Nak kata stail orang putih tak jugak sebab tak ada pun pancuran dari bawah. Just tak ada paip air. Tisu bagi dah stail omputih tapi tula tak complete. Lepastu saya keluar tanyakan staff housekeeping. Rupanya memang macam tu hotel ni,huhu..tak bestnya...tapi dia offer bagi cebok dan baldi satu. Wah semua cam ni ke dik? Ya kak, tak ada pili air, kata adik tu sopan. Terima kasih saya kata kat dia. Tapi awkward pulak saya rasa time dia bagi tu, sebab apa, almost of the time,kalau stay kat hotel, benda yang kita selalu mintak kat housekeeping or front desk, iron incase takde dalam bilik. Kali ni, housekeeping offer nak bagi baldi dan cebok.

Tapi bagusla adik housekeeping tu, dia yang offer dulu,mungkin dia dah biasa kot. Ramai yang datang stay pelik dengan toilet dia. Cuma toilet dia agak berlumut dan kurang bersih. Ada binatang yang kecik -kecik berterbangan tepi lampu..huwaa sedih  tengok. Malamnya ada nyamuk sekor terbang2, wah,camana tu boleh ada dalam bilik hotel ni.





Ada peti ais kecik,bolehla saya bubuh kek lapis Mira yang saya beli. Hair dryer pun ada. Water heater pun ada cuma plug dia tak berapa elok. 1 plug je boleh guna. Jadi kena share ngan plug fon.



Yang ni penting untuk safety. Tapi jarang belek dia pun kalau masuk hotel. Padahal dia terletak je kat pintu bilik.



Kalau nak housekeeping kemas bilik,just gantung ni,dan nanti bila balik, tara kemaslah bilik kita.


Hotel 360 ni pun pakai konsep jimat macam Tune hotel dan Hills Residence, kalau masuk bilik, punch in kad,baru ada letrik. Kalau keluar, letrik off sebab kita kena bawak akses kad. Nak turun lif kena pakai kad akses,kalau takde kad,takleh turun.


Safety box ada tapi tak berfungsi. Rosak gamaknya. Just display jela kat tepi katil.



Cawan ada 2 sesuaila untuk 2 orang stay dalam bilik. Cuma tak berapa nak bersih.


Internet memang fail terus. Dalam bilik tak boleh connect internet. Jadi masa yang ada tengok tv jela.



Pihak hotel dah bagitahu senarai harga barang dalam bilik incase kalau ada yang terambik ke apa nanti dia charge kat kita time check out.


Internet dalam bilik out langsung,nak pakai pun kat lobby je yang boleh sikit.  Tahap bersih tu still kurang, saya bagi 3 dari 10. Staf laki sorang tu bagus yang cakap ala KL tu,sory tak ingat nama.

Staf housekeeping suka duduk di sofa di depan lif. Bila pengunjung balik, suka tengok2 dan borak2 sesama mereka. Boleh je borak or duduk tak kisah pun, cuma pelik bila kita yang datang sewa hotel ni pulak yang rasa sikit terganggu sebab tempat tu dah jadi port bersembang ramai2.

Overall 2 over 10, tu pun sebab staf front desk ok (bagi peta kuching) dan driver shuttle van bagus +baik . Ada servis shuttle RM6 per pax sehala ke airport. Tu je bagusnya hotel ni.

Korang boleh pilih nilai sendiri ye kalau nak datang, even ada negatif, tapi still ada positif gak taw. Selamat bercuti ye di Kuching. Opss sebelum terlupa, harga 2h1m kat sini deluxe RM108.

Kalau nak bilik bersih+shuttle bus ke airport+internet laju, jujur saya cakap, sila ambil Tune Hotel. Entry Tune Hotel nanti bila free ye boleh cerita lagi.







Review: Hills Residence Kuching 2h1m

Assalamualaikum.

Hari ke dua stay di Kuching Sarawak, saya dan en.suami pilih nak stay di Hills Residence. Kenapa nama dia hills? Sebab dia agak macam naik bukit sikit gitu,tinggi sikit lokasi dia. Hills Residence ni terletak sebelah je dengan Hills shopping complex dan Pullman.

Tahap kebersihan hotel ni memang tip top. Memang tak padan dengan harga dia,bagi sayala. Kalau bertuah dapat RM68 untuk 2h1m. Tapi pakej tu cepat habis kalau cuti sabtu ahad or cuti sekolah.

Kami dapat pakej RM88. Perkara pertama yang kami tengok toilet dia. Memang bersih dan kemas. Ada air panas. Okla berbaloi harga.


Towel juga di sediakan. Kemas tersusun atas katil.


Palang untuk sangkut baju pun ada sekali dengan hanger. Cukupla untuk kami berdua.


Nak masuk bilik,kita akan dapat 1 akses kad. Masuk bilik letak akses kad ke dalam tempat dia,baru elektrik ada. Konsep bagus jimat letrik dorang. Sama dengan Tune Hotel punya konsep.


Lagi satu yang sangat best Hills Residence ni,aircond dia tersangatla sejuk. Sampai kena tutup dulu aircond,kalau tak, beku rasa..haha.

Tv pun ada. Bolehla tengok sebelum nak lelapkan mata.



Ni sabun mandi dia, boleh buat shampoo sekali, banyak betul sabunnya.


Tv 24inci,sesuai dengan bilik yang deluxe comel ni.



Katil dia lembut dan sedap tidur, bertuah betul pilih hotel ni sebab semuanya baru. Hotel baru. Jadi semuanya still baru lagi.


Staff dia pun ramah sangat. Ada sekali tu time saya dan en.suami nak keluar,hujan renyai-renyai,staff hotel offer payung lagi bagi pinjam. Bagus kan.

Staff dia ada gak bercerita tentang Kuching. Pasar Satok ada macam macam. Kira bagusla, ramah tambah bilik pun semua baru. Rasa sangat berbaloi stay sini dengan harga camtu.

Kalau korang nak datang sini, kalau bawak orang tua or parents yang sakit lutut tak di galakkan sebab hotel ni 3 tingkat pakai tangga. Bagi saya,boleh cuma kesian orang tua nak naik tangga. Tapi terpulangla,sebab tangga dia xdela tinggi sangat. Saya yang muda ni pun kalau dah naik,  malas naw rasa nak turun balik. Hehe. 

Ok. Berapa bintang ya hotel ni?.Saya tak pasti hotel ni ada berapa bintang. Tapi saya bagi 4 bintang sebab internet dia laju sangat plus bilik dia super bersih plus staff dia ramah.

Thank you Hills Residence. Next short vacation,insyaAllah kita jumpa lagi.




Rabu, 24 Ogos 2016

Review : 2h 1m di Ariva Gateway Hotel,Kuching Sarawak

Assalamualaikum

Kali ni saya nak share pengalaman stay di Ariva Gateway Kuching.

Percutian ke Kuching pun tak rancang sangat pun tempohari cuma terasa nak pergi bercuti dan berehat. Jadi,lepas tengok tiket Air Asia,terus beli dan tempah hotel.

Tempah hotel ni dari Booking.com. Bayar di hotel. Cuma waktu tempah RM154 tapi bila bayar di hotel RM180.

Okla,sebab utama saya pilih Ariva Gateway Hotel,sebab ada swimming pool tu je. Percutian kali ni nak berendam lama lama.

Ariva Gateway Hotel ni terletak di bangunan OCBC bank,kalau duduk di area Kuching mesti senang nampak signboard besar OCBC yang warna merah atas bangunan.

Pullman hotel dan UTC sebelah Ariva juga.
Dah sampai di Ariva, kami kena naik ke tingkat 4,kat disitu baru lobi hotel dan front desk.

Dah setel check in,kami pun masuk bilik,naik lif lagi satu yang hanya khas buat yang stay di Ariva sahaja.

Biliknya ok,almari,hanger,iron board,iron, hair dryer, water heater, air minuman,teh kopi,sabun semua di sediakan.


Untuk keselamatan katanya, setiap pintu bilik ada eye viewer, jadi boleh tengok sapa yang ketuk pintu bilik kita.


Hanger disediakan dalam almari. Bolehlah sangkut baju baju yang kita dah bawa. Almari dia luas ada laci bawah 2 dan compartment atas 2.



TV ada beberapa siaran Astro tapi bukan semua channel ada.


Peti ais kecil juga disediakan. Ada tempat kiub ais,bolehla kalau nk buat air milo ais secawan.


Hair dryer pun ada. Senangla nk blow rambut lepas mandi.



Saya memang minta bilik yang tak boleh smoking sebab en.suami tak merokok. Bilik ni ada balkoni boleh pandang view bandar Kuching.


Pokok ni saya tak tahu lagi pokok apa namanya. Memang banyak tanam di bandar Kuching. Dalam Hotel pun ada tanam.


Hotel ni juga sediakan newspaper untuk sapa yang menginap di hotel. Hari-hari boleh baca The Borneo Post.


Saya suka yang ni,peti keselamatan dia. Jadi, saya dah tak risau kalau nak tinggalkan something kat hotel sebab kita boleh setkan kod keselamatan kita sendiri sebelum keluar hotel.


Saya ambil pakej sekali breakfast, tak banyak pilihan,tapi dah cukup untuk kenyangkan perut waktu pagi.






Dah selesai breakfast, kami naik semula ke atas tingkat 16 untuk 4 aktiviti seterusnya,nak try sauna room,steam room,gym dan swimming pool. Sebelum masuk bilik sauna,kena on kan yang kat luar ni dulu. Bilik sauna dia ada kerusi kayu.



Ni swimming pool dia, just gambar ni je yang ada, sebab eksaited mandi kolam,tak sempat snap gambar. Tapi pool dia akan tutup kalau hujan,lightning atas sebab safety. So, pastikan datang sini time cuaca elok kat Kuching ya. Lagi satu, swimming pool buka pukul 9 pagi sampai 7 malam sahaja. Agak limit kan time dia. Selalu hotel buka sampai 11 malam.


Ni pemandangan dalam bilik steam.


Alhamdulillah, 2 hari 1 malam kat sini,kira okla.Hotel ni rate 4 bintang. Tapi saya rasa dia just 3 bintang.

Sapa2 yang nak datang sini sebab swimming pool memang okla cumanya pool dia 3.5 kaki saja. Tak dalam sangat.

Okla,sampai sini saja story pasal Ariva Gateway Hotel.  See ya.

Khamis, 18 Ogos 2016

(Shopping) Belezza Boutique (Personal Review)

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak tempek kat sini online butik yang trusted yang saya selalu blogwalking dan dh jadi trusted seller saya almost enam tahun.Wah lama betul kan, 6 tahun saya follow butik ni.

Saya dapat beli Dian Vitamin C, Raudhah shawl,beli baju cantik dari Qoma, dapat beli Produk Shaklee dari Belezza Boutique ni.

Daripada zaman tak ada instagram,sampailah sekarang dah ada macam-macam social media untuk online butik ni. Sayang betulla dengan Belezza Boutique ni,dengan ownernya yang ramah lagi. Klik je kat link ni,My lovely place to shop online sejak 6 tahun lepas.

Interface blog Belezza Boutique yang senang nak baca dan tersusun buat saya rasa happy nak window shopping dan shopping ngan Belezza.






(Pengalaman) Hilton Kuala Lumpur 2 hari 1 malam (Part 1)

Assalamualaikum.

Suka sangat tengok baju baru,
Suka juga kuih lompat tikam,
Suami ajak g hilton terus setuju,
Sebabnya just nak mandi kolam.

Terima kasih En.suami yang sudi bawa isteri dia ni berjalan-jalan. Hilton Kuala Lumpur,sedap nama dia,kalau ikutkan dekat juga dengan rumah. Tapi,tak salah kan sekali sekala dapat pergi bercuti. Suka suka suka

Pukul 3 petang baru boleh check in. Kitorang sampai dalam pukul 11.30 pagi. Awal juga En suami bawa pergi ni. Dah masuk parking Hilton, En.suami ajak pergi Nu Sentral, rupanya nak ajak tengok wayang. Dia dah tempah tiket Apocalypse 3D. Dekat je Nu sentral dengan Hilton,sebelah menyebelah je bangunan.

Dah sampai, beli popcorn dengan air combo. Lepastu terus masuk. Ceritanya agak menarik,gambar cantik,bunyi sedap dan yang pasti En suami suka btul. Cerita fevret dia.

Dah habiskan masa tengok wayang. Keluar rasa lapar pulak,terus pilih fastfood yg senang dan cepat siap. Jadi, bincang-bincang nak makan apa, pilih kfc. Cepat siap.

Pukul 3 check in hotel. En suami la uruskan check in, isteri duduk kat kerusi tunggu sambil dengar live band kat situ. Hehe.

Hampir setengah jam,dah dapat akses kad nak masuk. Bilik yang kami tempah,tetiba pulak penuh,jadi dapat bilik lain. Tapi yang bestnya bilik ni lagi besar dari bilik yang kami tempah. Syukur. Ada hikmah dia rupanya.



Perkara pertama masuk hotel,lepas letak segala beg,lepastu mesti nak tengok katil dengan bilik air dia. Hehe. Katil yang dapat double dan bilik air dia attach dengan bilik,boleh tutup dengan sliding door putih. Air cond terasa sejuk nya.






Sambungan Part 2,nanti bila dah balik dari Sarawak baru update.