Khamis, 25 Ogos 2016

Review: 360 Express Hotel Kuching 2h1m

Assalamualaikum

Kali ni nak share pengalaman stay di 360 express hotel,Kuching. Hotel ni terletak di Wisma Phoenix. Kami sampai untuk check in pukul 1, tapi staff bagi masuk sebab memang bilik tengah kosong. Rasanya tak ramai stay sini. Tapi tak pela, kira okla dapat masuk awal. Bangunan hotel ni 2 tingkat je tapi dia memanjang. Ada lif tu best,sebab kalau dah penat jalan pusing Kuching, balik naik lif rasa nikmatnya nak sampai bilik tu.

Ni bawah ni katil dia. Nampak cantik tapi kurang bersih. Ada kesan kotoran pada tilam. Mungkin cuci tak cukup bersih. Entahla. Try to think positive. Tapi, first masuk bilik ni,ada bau kopi. Dalam hati pikir, staff ada masuk rest ke dalam bilik ni time takde orang daftar masuk hotel?. Entahla, tanya en.suami, dia pun pikir camtu tadi,tapi takpela. Kemas tu ok cuma tak bersih.



 TV pun ada sekali. Tapi siarannya kadang ok kadang tak. Tapi yang bagusnya hotel ni,dia ada sediakan 1 channel untuk CCTV tunjuk keadaan kat luar hotel. Maknanya kita boleh tengok sama ada kat luar hujan ke panas ke. Jadi senang nak plan nak keluar ke tak. Kiranya boleh tengok cuaca time tu just dari bilik je. Tak payah nak keluar bilik.



Ni pula dalam bilik air dia, semua ok,kecuali tandas tak ada pili. Nak kata stail orang putih tak jugak sebab tak ada pun pancuran dari bawah. Just tak ada paip air. Tisu bagi dah stail omputih tapi tula tak complete. Lepastu saya keluar tanyakan staff housekeeping. Rupanya memang macam tu hotel ni,huhu..tak bestnya...tapi dia offer bagi cebok dan baldi satu. Wah semua cam ni ke dik? Ya kak, tak ada pili air, kata adik tu sopan. Terima kasih saya kata kat dia. Tapi awkward pulak saya rasa time dia bagi tu, sebab apa, almost of the time,kalau stay kat hotel, benda yang kita selalu mintak kat housekeeping or front desk, iron incase takde dalam bilik. Kali ni, housekeeping offer nak bagi baldi dan cebok.

Tapi bagusla adik housekeeping tu, dia yang offer dulu,mungkin dia dah biasa kot. Ramai yang datang stay pelik dengan toilet dia. Cuma toilet dia agak berlumut dan kurang bersih. Ada binatang yang kecik -kecik berterbangan tepi lampu..huwaa sedih  tengok. Malamnya ada nyamuk sekor terbang2, wah,camana tu boleh ada dalam bilik hotel ni.





Ada peti ais kecik,bolehla saya bubuh kek lapis Mira yang saya beli. Hair dryer pun ada. Water heater pun ada cuma plug dia tak berapa elok. 1 plug je boleh guna. Jadi kena share ngan plug fon.



Yang ni penting untuk safety. Tapi jarang belek dia pun kalau masuk hotel. Padahal dia terletak je kat pintu bilik.



Kalau nak housekeeping kemas bilik,just gantung ni,dan nanti bila balik, tara kemaslah bilik kita.


Hotel 360 ni pun pakai konsep jimat macam Tune hotel dan Hills Residence, kalau masuk bilik, punch in kad,baru ada letrik. Kalau keluar, letrik off sebab kita kena bawak akses kad. Nak turun lif kena pakai kad akses,kalau takde kad,takleh turun.


Safety box ada tapi tak berfungsi. Rosak gamaknya. Just display jela kat tepi katil.



Cawan ada 2 sesuaila untuk 2 orang stay dalam bilik. Cuma tak berapa nak bersih.


Internet memang fail terus. Dalam bilik tak boleh connect internet. Jadi masa yang ada tengok tv jela.



Pihak hotel dah bagitahu senarai harga barang dalam bilik incase kalau ada yang terambik ke apa nanti dia charge kat kita time check out.


Internet dalam bilik out langsung,nak pakai pun kat lobby je yang boleh sikit.  Tahap bersih tu still kurang, saya bagi 3 dari 10. Staf laki sorang tu bagus yang cakap ala KL tu,sory tak ingat nama.

Staf housekeeping suka duduk di sofa di depan lif. Bila pengunjung balik, suka tengok2 dan borak2 sesama mereka. Boleh je borak or duduk tak kisah pun, cuma pelik bila kita yang datang sewa hotel ni pulak yang rasa sikit terganggu sebab tempat tu dah jadi port bersembang ramai2.

Overall 2 over 10, tu pun sebab staf front desk ok (bagi peta kuching) dan driver shuttle van bagus +baik . Ada servis shuttle RM6 per pax sehala ke airport. Tu je bagusnya hotel ni.

Korang boleh pilih nilai sendiri ye kalau nak datang, even ada negatif, tapi still ada positif gak taw. Selamat bercuti ye di Kuching. Opss sebelum terlupa, harga 2h1m kat sini deluxe RM108.

Kalau nak bilik bersih+shuttle bus ke airport+internet laju, jujur saya cakap, sila ambil Tune Hotel. Entry Tune Hotel nanti bila free ye boleh cerita lagi.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan