Rabu, 24 Ogos 2016

Review : 2h 1m di Ariva Gateway Hotel,Kuching Sarawak

Assalamualaikum

Kali ni saya nak share pengalaman stay di Ariva Gateway Kuching.

Percutian ke Kuching pun tak rancang sangat pun tempohari cuma terasa nak pergi bercuti dan berehat. Jadi,lepas tengok tiket Air Asia,terus beli dan tempah hotel.

Tempah hotel ni dari Booking.com. Bayar di hotel. Cuma waktu tempah RM154 tapi bila bayar di hotel RM180.

Okla,sebab utama saya pilih Ariva Gateway Hotel,sebab ada swimming pool tu je. Percutian kali ni nak berendam lama lama.

Ariva Gateway Hotel ni terletak di bangunan OCBC bank,kalau duduk di area Kuching mesti senang nampak signboard besar OCBC yang warna merah atas bangunan.

Pullman hotel dan UTC sebelah Ariva juga.
Dah sampai di Ariva, kami kena naik ke tingkat 4,kat disitu baru lobi hotel dan front desk.

Dah setel check in,kami pun masuk bilik,naik lif lagi satu yang hanya khas buat yang stay di Ariva sahaja.

Biliknya ok,almari,hanger,iron board,iron, hair dryer, water heater, air minuman,teh kopi,sabun semua di sediakan.


Untuk keselamatan katanya, setiap pintu bilik ada eye viewer, jadi boleh tengok sapa yang ketuk pintu bilik kita.


Hanger disediakan dalam almari. Bolehlah sangkut baju baju yang kita dah bawa. Almari dia luas ada laci bawah 2 dan compartment atas 2.



TV ada beberapa siaran Astro tapi bukan semua channel ada.


Peti ais kecil juga disediakan. Ada tempat kiub ais,bolehla kalau nk buat air milo ais secawan.


Hair dryer pun ada. Senangla nk blow rambut lepas mandi.



Saya memang minta bilik yang tak boleh smoking sebab en.suami tak merokok. Bilik ni ada balkoni boleh pandang view bandar Kuching.


Pokok ni saya tak tahu lagi pokok apa namanya. Memang banyak tanam di bandar Kuching. Dalam Hotel pun ada tanam.


Hotel ni juga sediakan newspaper untuk sapa yang menginap di hotel. Hari-hari boleh baca The Borneo Post.


Saya suka yang ni,peti keselamatan dia. Jadi, saya dah tak risau kalau nak tinggalkan something kat hotel sebab kita boleh setkan kod keselamatan kita sendiri sebelum keluar hotel.


Saya ambil pakej sekali breakfast, tak banyak pilihan,tapi dah cukup untuk kenyangkan perut waktu pagi.






Dah selesai breakfast, kami naik semula ke atas tingkat 16 untuk 4 aktiviti seterusnya,nak try sauna room,steam room,gym dan swimming pool. Sebelum masuk bilik sauna,kena on kan yang kat luar ni dulu. Bilik sauna dia ada kerusi kayu.



Ni swimming pool dia, just gambar ni je yang ada, sebab eksaited mandi kolam,tak sempat snap gambar. Tapi pool dia akan tutup kalau hujan,lightning atas sebab safety. So, pastikan datang sini time cuaca elok kat Kuching ya. Lagi satu, swimming pool buka pukul 9 pagi sampai 7 malam sahaja. Agak limit kan time dia. Selalu hotel buka sampai 11 malam.


Ni pemandangan dalam bilik steam.


Alhamdulillah, 2 hari 1 malam kat sini,kira okla.Hotel ni rate 4 bintang. Tapi saya rasa dia just 3 bintang.

Sapa2 yang nak datang sini sebab swimming pool memang okla cumanya pool dia 3.5 kaki saja. Tak dalam sangat.

Okla,sampai sini saja story pasal Ariva Gateway Hotel.  See ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan