Khamis, 18 Ogos 2016

(Pengalaman) Hilton Kuala Lumpur 2 hari 1 malam (Part 1)

Assalamualaikum.

Suka sangat tengok baju baru,
Suka juga kuih lompat tikam,
Suami ajak g hilton terus setuju,
Sebabnya just nak mandi kolam.

Terima kasih En.suami yang sudi bawa isteri dia ni berjalan-jalan. Hilton Kuala Lumpur,sedap nama dia,kalau ikutkan dekat juga dengan rumah. Tapi,tak salah kan sekali sekala dapat pergi bercuti. Suka suka suka

Pukul 3 petang baru boleh check in. Kitorang sampai dalam pukul 11.30 pagi. Awal juga En suami bawa pergi ni. Dah masuk parking Hilton, En.suami ajak pergi Nu Sentral, rupanya nak ajak tengok wayang. Dia dah tempah tiket Apocalypse 3D. Dekat je Nu sentral dengan Hilton,sebelah menyebelah je bangunan.

Dah sampai, beli popcorn dengan air combo. Lepastu terus masuk. Ceritanya agak menarik,gambar cantik,bunyi sedap dan yang pasti En suami suka btul. Cerita fevret dia.

Dah habiskan masa tengok wayang. Keluar rasa lapar pulak,terus pilih fastfood yg senang dan cepat siap. Jadi, bincang-bincang nak makan apa, pilih kfc. Cepat siap.

Pukul 3 check in hotel. En suami la uruskan check in, isteri duduk kat kerusi tunggu sambil dengar live band kat situ. Hehe.

Hampir setengah jam,dah dapat akses kad nak masuk. Bilik yang kami tempah,tetiba pulak penuh,jadi dapat bilik lain. Tapi yang bestnya bilik ni lagi besar dari bilik yang kami tempah. Syukur. Ada hikmah dia rupanya.



Perkara pertama masuk hotel,lepas letak segala beg,lepastu mesti nak tengok katil dengan bilik air dia. Hehe. Katil yang dapat double dan bilik air dia attach dengan bilik,boleh tutup dengan sliding door putih. Air cond terasa sejuk nya.






Sambungan Part 2,nanti bila dah balik dari Sarawak baru update.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan