Khamis, 25 Ogos 2016

Review: Hills Residence Kuching 2h1m

Assalamualaikum.

Hari ke dua stay di Kuching Sarawak, saya dan en.suami pilih nak stay di Hills Residence. Kenapa nama dia hills? Sebab dia agak macam naik bukit sikit gitu,tinggi sikit lokasi dia. Hills Residence ni terletak sebelah je dengan Hills shopping complex dan Pullman.

Tahap kebersihan hotel ni memang tip top. Memang tak padan dengan harga dia,bagi sayala. Kalau bertuah dapat RM68 untuk 2h1m. Tapi pakej tu cepat habis kalau cuti sabtu ahad or cuti sekolah.

Kami dapat pakej RM88. Perkara pertama yang kami tengok toilet dia. Memang bersih dan kemas. Ada air panas. Okla berbaloi harga.


Towel juga di sediakan. Kemas tersusun atas katil.


Palang untuk sangkut baju pun ada sekali dengan hanger. Cukupla untuk kami berdua.


Nak masuk bilik,kita akan dapat 1 akses kad. Masuk bilik letak akses kad ke dalam tempat dia,baru elektrik ada. Konsep bagus jimat letrik dorang. Sama dengan Tune Hotel punya konsep.


Lagi satu yang sangat best Hills Residence ni,aircond dia tersangatla sejuk. Sampai kena tutup dulu aircond,kalau tak, beku rasa..haha.

Tv pun ada. Bolehla tengok sebelum nak lelapkan mata.



Ni sabun mandi dia, boleh buat shampoo sekali, banyak betul sabunnya.


Tv 24inci,sesuai dengan bilik yang deluxe comel ni.



Katil dia lembut dan sedap tidur, bertuah betul pilih hotel ni sebab semuanya baru. Hotel baru. Jadi semuanya still baru lagi.


Staff dia pun ramah sangat. Ada sekali tu time saya dan en.suami nak keluar,hujan renyai-renyai,staff hotel offer payung lagi bagi pinjam. Bagus kan.

Staff dia ada gak bercerita tentang Kuching. Pasar Satok ada macam macam. Kira bagusla, ramah tambah bilik pun semua baru. Rasa sangat berbaloi stay sini dengan harga camtu.

Kalau korang nak datang sini, kalau bawak orang tua or parents yang sakit lutut tak di galakkan sebab hotel ni 3 tingkat pakai tangga. Bagi saya,boleh cuma kesian orang tua nak naik tangga. Tapi terpulangla,sebab tangga dia xdela tinggi sangat. Saya yang muda ni pun kalau dah naik,  malas naw rasa nak turun balik. Hehe. 

Ok. Berapa bintang ya hotel ni?.Saya tak pasti hotel ni ada berapa bintang. Tapi saya bagi 4 bintang sebab internet dia laju sangat plus bilik dia super bersih plus staff dia ramah.

Thank you Hills Residence. Next short vacation,insyaAllah kita jumpa lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan